Saturday 8 February 2014

PeNYaLaHGuNaaN KeMuDaHaN GoLoNGaN OKU


Tandas OKU




 Parking OKU


Tandas OKU Parking OKU Kaunter OKU Pernah tak korang nampak atau perasan papan tanda-papan tanda ni..korang paham x apa maknanya..aku rasa semua orang paham kot akan maksudnya..hanya golongan Orang Kelainan Upaya sahaja yg layak menggunakan kemudahan-kemudahan ni..So korang termasuk aku ni jgn nak memandai2 gune kemudahan depa sume ni..Allah dah ciptakan kita sebaik2nya..setiap orang ada kelebhan dan kekurangan masing2.. Bagi kita yang sempurna ni bersyukurlah..ALLAH dah bagi kemudahan untuk berjalan menggunakan kaki, melihat dengan mata, mendengar dengan telinga..bayangkan kalau pancaindera kita ni ditarik balik oleh Pencipta kita ALLAH SWT..mesti kita menyesal tak sudah.. 

Bagi mereka yang digolongkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) di luar sana..ALLAH SWT telah memberikan kelebihan yang lain kepada anda mungkin kelebihan anda itu lebih bererti jika dibandngkan dengan manusia normal yang lain.. 

 OKU Cacat Penglihatan = Bersyukur kerana anda terhindar daripada dosa2 melihat aurat yang bukan mahram bagi anda. 

OKU Cacat Pendengaran = Bersyukur kerana anda terhindar daripada mendengar kata2 umpatan dan suara2 yg menyumbang kpd dosa. 

OKU Cacat Pertuturan/Bisu = Bersyukur kerana anda terhindar daripada membuat umpatan dan bercakap perkara yang sia-sia. Ambillah hikmah daripada setiap kekurangan yang dikurniakan ALLAH kepada kita..Allahuakbar Mungkin anda lihat manusia normal yang lain di luar sana gembira dan selesa menjalani rutin kehidupan seharian dengan baik, namun kami yang normal lebih terjerumus ke arah perkara2 yang tidak baik..Subhanallah.. 

Jauhkanlah kami daripada perkara yang sia2 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

 Tapi aku memang pantang jumpa ngan orang yang xtau adab ni..masih segar dlm ingatan aku semasa perjalanan dari utara pulang ke KL..kami singgah di satu kawasan R&R.. biasalah time cuti umum n perayaan kawasan RR ni akan jadi kawasan tumpuan bagi mereka yang ingin isi perut,solat,masuk tandas dan sebagainya..Nak2 time nk masuk tandas tu...perghh memang jadik mcm gerabak kereta api la gayanya..tengah2 syok beratur nak masuk jamban dengan penuh kesabaran, tetiba dtg sorang makcik (layak kot aku panggil makcik sbb tgk kpd gayanya)..makcik tu said : kenapa susah2 nak beratur gune je lah tandas ni (tandas OKU)..kata2nya ditujukan kpd umum..sambungnya lagi : bukannya ada OKU pun ni..DAMN IT..

 Memanglah xda OKU time tu makcik Senah oi (kesian kat meke yg nama Senah..aku main letak je nama ni..ngehehe)..kalau makcik xcakap gtu..sah2 aku panggil akak (sopan sikit kan)..At least hargailah kemudahan yg disediakn utk golongan OKU ni..xyah la nk gune kemudahan depa ni walaupun depa (OKU) xda time ni..bayangkan tgh2 makcik gune tandas tu (nak2 kalo makcik sembelit)..xke naye OKU tu nak nunggu makcik sampai lepas..hahahaha(gelak jahat dlm hati).. 

 Satu lagi kes kat blok aku tinggal ni (perasan ada blok sendirik)..ada la sorang mamat ni suka ngat parking kat petak OKU ni..ramai jugak la yg dh letak notis kat kete dia supaya jgn parking kat situ, x dihiraukannya..kena maki lagi adalah..pernah satu ketika mereka beli apa ntah mainan ke stroller kat anaknya, bukak je kotak tu terus tggal kat tepi petak parking..memang xda kesedaran sivik langsung.. Dah berjela aku rasa entry aku kali ni..sblum lebih parah emosi aku ni..better aku stop here n see u the next entry yaw..Akhir kata dari aku..korang tepuk dada tanya iman pasal ni..

No comments:

Post a Comment